Friday, August 27, 2004

Haiku (transformasi) Rakaman Rasa Sasterawan Negara

Di negara kami ternyata bahasa Inggeris adalah 'panglima',
hanya bahasa tunggal yang sangat dipercayai
dapat mencanggih dan mencendekia anak negeri.

Ia berkali-kali diingatkan
sebagai bahasa gedung --
malah lautan ilmu.

Sebaliknya, tanpa malu dan segan,
bahasa Melayu mula dipercanang sebagai lidah tidak berupaya,
malah kurang sempurna sebagai penghantar pengetahuan.

Bahasa Melayu, malah, pada banyak waktu,
anehnya terus diperkecil dan dipersenda,
malangnya oleh elit kuasa dan ahli korporat Melayu sendiri.

(20 Ogos 2004
Datuk A. Samad Said,
Sasterawan Negara ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Penyair Sedunia
sempena Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur -- sebahagian petikan.)

Komentar: Telah banyak dipolimikkan isu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, sehingga setiap kali berbangkit pedihnya menusuk ke seluruh degup jantung.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home