Mengenang Hari Literasi Antarabangsa
Mungkin sudah ramai di kalangan kita tidak mempedulikan lagi tentang Hari Literasi Antarabangsa yang dimulakan pada tahun 1965 yang lalu oleh UNESCO. Maka pada setiap tarikh 8 September diisytiharkan sebagai Hari Literasi Antarabangsa. Tujuan hanyalah satu iaitu supaya setiap orang berusaha supaya tidak dikategorikan sebagai buta huruf.Maka di Malaysia, sejauh manakah tahap literasi kita? 90% atau lebih atau kurang lagi. Kita sebenarnya tidak mengetahui angka yang tepat. Kalau nak diukur dari segi kecelekan pembacaan kita masih jauh di tahap amat tidak memuaskan.
Kempen demi kempen untuk menggalakkan pembacaan diadakan setiap tahun (bulan Julai) tapi hasilnya sukar diukur. Buku-buku di Malaysia diterbitkan sekitar 6000 judul setahun, tapi buku apa? Pendidikan, buku teks, ulangkaji dan sedikit buku umum termasuklah karya kreatif. Di pasaran buku berbahasa Melayu sudah tidak lagi membangkitkan selera untuk membaca kerana semua orang nak cari buku berbahasa Inggeris kerana nak pandai dan boleh bermain di padang global. Sehinggakan buku kanak-kanak terpaksa cari yang diimport atau berbahasa Inggeris.
Hari Literasi Antarabangsa yang disambut pada hari ini hanya jadi kenangan.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home