Thursday, December 02, 2004

Selamatkan Kampung Buku Malaysia

Tidak terkira gembiranya hati apabila pada November 1997, usaha Tan Sri Sanusi Junid mewujudkan Kampung Buku Malaysia di Langkawi. Ianya yang pertama (sehingga sekarang) di Asia Tenggara.



Setelah masa berlalu, KgBukuMalaysia, khabarnya sudah tidak seceria sewaktu mula dibuka. Berbagai pihak telah memperkatakannya, namun ianya masih tidak ada banyak perubahan, malah dalam salah satu website berhubung dengan tempat menarik di Langkawi ianya tercatat seperti berikut:

Towards the interior is the rather glamorously named Malaysia Book Village. Six Kampung-style wooden houses sit in tranquil surroundings, a relaxing setting for a good read. The book collection itself is weak, with two houses empty and the book selection very limited.


Alangkah malangnya nasib KgBukuMalaysia. Saya percaya tentu ramai orang yang berminat untuk memajukan tempat tersebut. Namun sehingga sekarang tempat tersebut nampaknya hidup segan mati tak mahu.

Sekiranya ada apa-apa cadangan yang boleh menghidupkan semula KgBukuMalaysia bolehlah kita berdiskusi di sini. Mungkin ianya dapat membantu. Akhir sekali Selamatkan Kampung Buku Malaysia.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home