Saturday, January 15, 2005

Ke Mana Nasionalisme Melayu?


Selesai membaca buku Ke Mana Nasionalisme Melayu? (2004) hasil karya Rustam A Sani beberapa hari lalu. Sedikit terganggu fikiran selepas membacanya terutama apabila beliau melontarkan kenyataan tentang kegagalan nasionalisme Melayu di Malaysia. Adakah selalunya betul?


Namun yang menarik ialah tentang ketidaksungguhan a.k.a.kegagalan pihak pemerintah meletakkan bahasa Melayu di tempat yang sewajarnya. Ia sedikit sebanyak mengiakan pendapat Rustam A Sani ini. Kita lihat sahaja tentang pelaksanaan bahasa Melayu sekarang ini, ada yang mengatakan seperti melukut di tepi gantang!

Agaknya sudah sampai masa untuk meletakkan semula bahasa Melayu di persadanya -- mungkin Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan boleh memain peranan di sini di samping kempen Amalan Budi Bahasa di kalangan penduduk di negara ini. Bagaimana?