Tuesday, August 31, 2004

Di mana kedudukan Bahasa Melayu/Indonesia?

Most Widely Spoken Languages in the World

Language Approx. number of speakers
1. Chinese (Mandarin) 1,075,000,000
2. English 514,000,000
3. Hindustani 496,000,000
4. Spanish 425,000,000
5. Russian 275,000,000
6. Arabic 256,000,000
7. Bengali 215,000,000
8. Portuguese 194,000,000
9. Malay-Indonesian 176,000,000
10. French 129,000,000

Source: Ethnologue, 13th Edition and other sources.

Komentar: Kalau diperhatikan kepada angka di atas nyata Bahasa Melayu tidak kekurangan penuturnya, Kini dianggarkan sudah mencecah 250 juta penutur. Dari segi nilai komersial dan ilmu, Bahasa Melayu mampu menunjangi segala sistem dan keperluan hidup orang-orang Melayu. Untuk apa lagi yang kita menoleh ke bahasa lain?

Friday, August 27, 2004

Haiku (transformasi) Rakaman Rasa Sasterawan Negara

Di negara kami ternyata bahasa Inggeris adalah 'panglima',
hanya bahasa tunggal yang sangat dipercayai
dapat mencanggih dan mencendekia anak negeri.

Ia berkali-kali diingatkan
sebagai bahasa gedung --
malah lautan ilmu.

Sebaliknya, tanpa malu dan segan,
bahasa Melayu mula dipercanang sebagai lidah tidak berupaya,
malah kurang sempurna sebagai penghantar pengetahuan.

Bahasa Melayu, malah, pada banyak waktu,
anehnya terus diperkecil dan dipersenda,
malangnya oleh elit kuasa dan ahli korporat Melayu sendiri.

(20 Ogos 2004
Datuk A. Samad Said,
Sasterawan Negara ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Penyair Sedunia
sempena Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur -- sebahagian petikan.)

Komentar: Telah banyak dipolimikkan isu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, sehingga setiap kali berbangkit pedihnya menusuk ke seluruh degup jantung.

Wednesday, August 25, 2004

2004

2 Januari 2004, masa bertukar pantas,
tiba-tiba kita di hujung jalan.
Arah mana dituju?